Gambar


Sekolahku, Rumahku
SJK (C) Chi Ming 1

Lawatan Sambil Belajar Mahasiswa & Mahasiswi
Ke SJK (C) Chi Ming 1



Majlis Penyampaian Hadiah
SJK (C) Chi Ming 1




Sambutan Hari Guru 2012
SJK (C) Chi Ming 1

Hari Kantin
SJK (C) Chi Ming 1

Perkhemahan Sambil Belajar
SJK (C) Chi Ming 1 Di Oasis Bay (Muar)



Hari Kanak-kanak
SJK (C) Chi Ming 1



Hari Sukan
SJK (C) Chi Ming 1


Hasil Karya Murid Sempena
Hari 1 Malaysia

**********************************************************************

Info Tambahan

Bendera Malaysia


bendera_malaysia


Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih 
(melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah 
di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah
bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 
13 buah negeri- Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, 
Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Sabah, 
Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. 
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa 
ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya 
perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi 
anak bulan tanda Agama Islam- agama rasmi Malaysia. 
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan 
Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan 
bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia 
Raja-raja.




Lambang Negara


 jata_negara

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 
13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan 
Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan
itu tanda Agama Islam- agama rasmi Malayisa. Lima bilah keris itu
tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, 
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri
perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah 
kanan dengan pokok Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah 
sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang 
sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan 
putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, 
putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna 
Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu 
Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan
Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-
tengahnya ialah Bunga Raya- Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau 
yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu 
Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Cogan- 
Bersekutu Bertambah Mutu- ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri 
dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu 
ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Memandangkan 
Malayisa adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan
pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat 
kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera 
mereka.  

Keterangan Logo 1 Malaysia

        1malaysia-logo2

1 Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang 
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri
Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu 
bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.
Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya
bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu 
dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah 
ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 
2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang 
diperjuangkan Perdana Menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr.Mahathir 
Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Aspek utama ialah sikap saling menghormati dan bersikap menerima di
antara satu sama lain. Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui
'1 Malaysia'. Hubungan kaum dieratkan bagi jangka masa panjang. Tiada 
perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka 
mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak 
golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. 
Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan 
yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan 
penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1 Malaysia adalah 
kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. 

Perdana Menteri Malaysia menjelaskan gagasan ini berteraskan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung
dan semangat yang ada dalam perlembagaan. Soal hak Bumiputera, bahasa,
budaya, kedudukan raja dan agama tidak harus berubah.


Bulan Bahasa Kebangsaan

 Logo Bulan Bahasa Kebangsaan

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan
kempen cintai Bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk 
mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat
menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara 
kita dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian 
Bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.

Logo Dan Lagu Dewan Bahasa Dan Pustaka


Lambang Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) ini mengandungi empat unsur;
daun lontar yang terletak di tengah-tengah melambangkan bahan penulisan
zaman dahulu kala yang ditulis dengan mata pena daripada tangkai daun resam
yang mengapitnya; buku dan mata pena terletak di bawah daun lontar 
melambangkan kegiatan penerbitan dan penulisan zaman sekarang. Keempat-
empat unsur ini melambangkan tugas DBP sebagai badan yang mengembangkan
bahasa, sastera dan ilmu pengetahuan melalui penulisan dan penerbitan.

Lambang ini dilukis oleh En. Hussien Enas pada tahun 1957 berdasarkan ilham
Allahyarham YB Tan Sri Syed Nasir Ismail (mantan Pengarah DBP) dan
Tuan Haji Abdul Samad Ahmad (mantan Pengarang DBP). 

Lagu Dewan Bahasa
Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa
Nama dari suatu sejarah
Api dari suatu zaman
Kesaktian lidah rakyat

Dewan Bahasa kau obor kebangsaan
Restu dari jiwa pahlawan
Nyala membakar semangat rakyat
Kau abadi dan keramat

Dipayungi langit tanah air
Diusap angin pantai permai
Dilindungi pohon nan menghijau
Dijunjung tanah tempat berpijak

Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa
Nama dari suatu sejarah
Api dari suatu zaman
Obor semangat nan abadi

Lagu: Saiful Bahri
Seni Kata: Sasterawan Negara Usman Awang


15 comments:

  1. Wah,hebatnya murid-murid memalu gendang !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Murid-murid sekolah saya memang rajin berlatih untuk persembahan.

      Delete
  2. Maklumat yang dikongsi amat berguna untuk saya, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing. The information is very useful!

    ReplyDelete
  4. Info blog cikgu sangat bermanfaat. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  5. wah, aktiviti di sekolah anda memang bermakna, murid-murid sangat gembira semasa menjalankan aktiviti,kenangan yang baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murid-murid di sekolah saya memang bernasib baik kerana berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang menarik dan bermakna. Semua ini adalah hasil usaha cikgu-cikgu sekolah saya.

      Delete
  6. Nice blog and nice picture..thanks for sharing..

    ReplyDelete