Latihan

Latihan Tatabahasa 1 (Simpulan Bahasa) 

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

     nyawa-nyawa ikan               lidah biawak             makan angin
          makan hati               keras hati               otak cair
       panjang tangan               pencuci mulut               putih tulang
        putih mata               mulut tempayan               meninggal dunia 

1. Budak itu ___________ dia belajar hingga berjaya.
2. Janji mulut orang itu tidak boleh dipercayai kerana dia ____________.
3. Pada bulan lalu keluarga kami pergi ____________ di Pulau Tioman.
4. Orang tua itu ____________ sejak isterinya ____________.
5. Seorang kawan saya itu ____________.
6. Pembonceng motosikal yang terjatuh dari motosikal itu 
    dalam keadaan ____________.
7. Syahira ___________ dia berjaya naik ke darjah lima dalam 
    ujian penilaian tahun tiga.
8. Lelaki yang ____________ itu akhirnya ditangkap polis.
9. Ibu menyediakan aiskrim sebagai ____________.
10. Moto perajurit negara kita ialah biar ____________ , 
      jangan ____________.

Jawapan:
1. keras hati
2. lidah biawak
3. makan angin
4. makan hati, meninggal dunia
5. mulut tempayan
6. nyawa-nyawa ikan
7. otak cair
8. panjang tangan
9. pencuci mulut
10. putih tulang, putih mata

Latihan Tatabahasa 2 (Kata Adjektif) 

Pilih kata adjektif yang sesuai untuk ayat-ayat berikut. 

1. Adik tidak suka makan ubat yang ____________ itu.
    (pahit/manis/pedas) 

2. Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk
    mengait buah rambutan itu. (lembut/panjang/usang)

3. Dinding rumah kedai yang lama itu telah ____________.
    (hancur/rentak/pecah)

4. Pokok-pokok yang ____________ di sepanjang jalan itu
    mestilah ditebang dengan segera. (condong/ bongkok/jauh)

5. Gulai ikan yang dimasak oleh ibunya semalam telah ____________.
    (tegik/busuk/basi)

6. Ikan yang disiang oleh tukang masak itu berbau ____________ .
    (garing/hangus/hanyir)

7. Kedua-dua tangan saya hampir ____________ kerana cuaca
    terlalu sejuk. (keras/kaku/beku)

8. Ubi keledek yang ____________ ini memang sesuai untuk dijadikan
    hidangan jamuan ringan. (empuk/lemau/lembik)

9. Jalan yang menuju ke ladang itu agak ____________ .
    (regang/sempit/longgar)

10. Nordin sentiasa ____________ belajar kerana dia berazam 
      cemerlang dalam peperiksaan. (tekun/malas/benci)

Jawapan:
1. pahit
2. panjang
3. retak
4. condong
5. basi
6. hanyir
7. kaku
8. lembik
9. sempit
10. tekun


Latihan Tatabahasa 3 (Kata Nama Am) 

Pilih jawapan yang paling sesuai. 

1. ____________ yang terletak di hujung kampung mengeluarkan hasil 
    yang lumayan.
   A. Kebun                        
   B. Pokok 
   C. Buah                      
   D. Tumbuhan

2. Kerja sebagai seorang anggota _____________ adalah untuk menangkap
    dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.
    A. tentera                      
    B. polis   
    C. rela                         
    D. kastam

3. Mak Siti mengikat sebilah ____________ pada galah itu untuk
    mengait jantung pisang.
    A. tajak                         
    B. gunting
    C. parang                        
    D. pisau

4. Kawasan itu akan dimajukan sebagai kawasan ____________ 
    yang baharu tidak lama lagi.
    A. perumah                  
    B. rumah
    C. perumahan                       
    D. berumah

5. ____________ handalan itu telah memecahkan rekod acara 100 meter
    yang bertahan selama lima tahun.
    A. Orang                        
    B. Pasukan 
    C. Atlet                    
    D. Pemain

6. Seorang ____________ ternama sedang bermain golf sambil berbincang
    urusan jual beli dengan rakan-rakannya.
    A. pekerja                      
    B. peniaga 
    C. pegawai                       
    D. usahawan

7. Banyak ____________ gemar melawat tempat-tempat menarik
    di negara ini.
    A. pelancung                    
    B. pendatang
    C. pelancong                    
    D. pelawat

8. Bapa saya pernah menjadi ____________ sekolah di kampung ini.
    A. ketuaan                       
    B. ketua
    C. mengetua                            
    D. pengetua

9. ____________ yang dibonceng oleh abang tersadai di tepi jalan
   kerana kerosakan enjin.
   A. Bas                              
   B. Kereta
   C. Basikal                           
   D. Motosikal

10. Para pelajar sedang sibuk menghias ____________ sekolah kerana
      majlis anugerah kecemerlangan akan diadakan lusa.
      A. taman                       
      B. dewan
      C. kantin                        
      D. kedai 

Jawapan:
1. A
2. B
3. D
4. C
5. C
6. D
7. C
8. D
9. B
10. B

Latihan Tatabahasa 4 (Kata Kerja) 

Pilih jawapan yang paling sesuai. 

 1. Lawatan seorang wakil rakyat ke Kampung Solok telah ____________ 
     ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.
     A. dibatalkan                            
     B. dimansuhkan
     C. ditunda                         
     D. disemak

2. Kakak sedang ____________ barang-barang tembaga yang dibeli oleh 
    ayah dari negara China.
    A. menyapu                              
    B. menggosok 
    C. menjilat                           
    D. mengilap

3. Jalur Gemilang ____________ megah sewaktu lagu Negaraku 
    ____________.
    A. berterbang ... disembahkan      
    B. berhembus ... disiarkan
    C. berkibar ... dinyanyikan              
    D. berjurai ... dilafazkan

 4. Wanita tua itu ____________ bakul sayur sewaktu pulang dari 
     pasar.
     A. menatang                              
     B. mengandar
     C. mengepit                              
     D. menjunjung

5. Ibu menyuruh kakak ____________ nasi untuk makan malam.
    A. menanak                               
    B. menjerang 
    C. merebus                              
    D. mereneh

6. Pekerja-pekerja itu sedang melakukan kerja-kerja ____________ 
    lantai dengan simen.
    A. merata                                   
    B. menurap
    C. menampal                                 
    D. menampung

7. Lee Peng agak gementar kerana akan ____________ pembedahan
    kaki pada hari esok.
    A. memasuki                              
    B. merasai 
    C. mengikuti                                  
    D. menjalani

8. Artis terkenal itu sedang ____________ di bilik persalinan sebelum
    persembahan bermula.
    A. berbedak                                
    B. berdodoi  
    C. berdandan                                
    D. berkubang 

Jawapan: 
1. C
2. B
3. C
4. A
5. A
6. B
7. D
8. C

 

Latihan Tatabahasa 5 (Kata Sendi Nama) 

Isikan tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

1. Kerusi yang dibeli oleh ayah itu diperbuat ____________ rotan.
2. Amin selalu pergi ke taman permainan di belakang rumahnya 
    ____________ waktu petang.
3. Budak lelaki itu menangis ____________ matanya menjadi merah.
4.  Emak menyiang ikan ___________ pisau yang tajam.
5. Buku ini saya beli ____________ kakak yang sedang belajar di 
    luar negara.
6. Syawal tinggal ____________ Kampung Sagil.
7. Bola yang ditendang ____________ Fazli tepat masuk ke gawang.
8. Abang ipar saya berasal ___________ Negeri Selangor.

Jawapan: 
1.daripada
2. pada
3. sehingga
4. dengan
5. untuk
6. di
7. oleh
8. dari
 

Latihan Tatabahasa 6 (Kata Nama Khas) 

Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai.

     Planetarium Negara          Si Tompok          Puan Lily       
     Bahasa Inggeris          Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
     Rajan          Jalan Kenanga          Klinik Haris          Adidas
     Proton Waja

1. Cikgu Nazim mengajar mata pelajaran ____________ di sekolah 
    saya.

2. Ayah membawa adik ke ____________ kerana adik demam 
    selesema.

3. Saya dan keluarga pergi ke ____________ pada minggu lepas.

4. Azam mendapat hadiah kasut __________ sempena hari lahirnya.

5. Setiap hari Ahad, __________ pergi ke pasar pagi untuk membeli 
    ikan dan sayur.

6. ____________ bermain badminton dengan adiknya.

7. Adik memberi nama ____________ kepada kucing 
    kesayangannya. 

8. Emak membawa adik ke ______________ untuk membuat 
    pemeriksaan lanjut.

9. Salah satu nama kereta keluaran Malaysia ialah ____________ .

10. Sekolah saya terletak di ____________ .

Jawapan: 
1. Bahasa Inggeris
2. Klinik Haris
3. Planetarium Negara
4. Adidas
5. Puan Lily
6. Rajan
7. Si Tompok
8. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
9. Proton Waja
10. Jalan Kenanga

Latihan Tatabahasa 7 (Tanda Baca) 

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. A. Saya lebih suka membaca,
    B. Saya lebih suka membaca:
    C. Saya lebih suka membaca.
    D. Saya lebih suka membaca?

2. A. Kata Kakak,"Jangan usik adikmu."
    B. Kata kakak,"Jangan usik adikmu."
    C. Kata kakak."Jangan usik adikmu."
    D. Kata kakak:"Jangan usik adikmu."

3. A. Ceh! orang yang tidak tahu malu,
    B. Ceh, orang yang tidak tahu malu.
    C. Ceh, orang yang tidak tahu malu!
    D. Ceh, Orang yang tidak tahu malu?

4.  A. Encik Lim sekaya Encik Lee.
     B. Encik lim sekaya Encik lee.
     C. Encik Lim sekaya encik Lee.
     D. Encik Lim sekaya Encik Lee!

5. A. "Mengapakah kamu menangis." tanya Ali kepada adiknya.
    B. "Mengapakah kamu menangis," Tanya Ali kepada adiknya.
    C. "Mengapakah kamu menangis?" tanya Ali kepada adiknya.
    D. "Mengapakah kamu menangis." tanya Ali kepada adiknya.

6. A. Keempat-empat anak Hashim masih bersekolah.
    B. Keempat empat anak Hashim, masih bersekolah.
    C. Keempat-empat anak Hashim, masih bersekolah.
    D. Keempat-empat anak hashim masih bersekolah?

7. A. Malaysia mengeksport kayu kayan seperti kayu meranti, cengal, 
        dan merbau ke luar negeri.
    B. Malaysia mengeksport kayu-kayan seperti, kayu meranti, cengal, 
        dan merbau ke luar negeri.
    C. Malaysia mengeksport kayu kayan seperti Meranti, Cengal 
         dan Merbau ke luar negeri.
    D. Malaysia mengeksport kayu-kayan seperti kayu meranti, cengal
         dan merbau ke luar negeri.

8. A. Pada hemat saya buku pedoman bahasa ini bermutu tinggi.
    B. Pada hemat saya, Buku Pedoman Bahasa ini bermutu tinggi.
    C. Pada hemat saya, buku pedoman bahasa ini bermutu tinggi.
    D. Pada hemat saya; buku pedoman bahasa ini bermutu tinggi.

9. A. Mary dan adiknya bekerja di Bank rakyat.
    B. Mary dan adiknya bekerja di Bank Rakyat.
    C. Mary dan adiknya bekerja di bank rakyat.
    D. Mary dan Adiknya bekerja di Bank Rakyat.

10. A. tolong, tolong, jerit budak itu.
      B. "tolong, tolong," jerit budak itu.
      C. "Tolong, tolong," jerit budak itu.
      D. "Tolong! Tolong!" jerit budak itu.  


Jawapan: 
1. C
2. B
3. C
4. A
5. C
6. A
7. D
8. C
9. B
10. D

Latihan Tatabahasa 8 (Penjodoh Bilangan) 

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Se _________ buluh tumbuh dengan subur di tepi sungai itu.
    A. kerat
    B. rumpun
    C. ruas
    D. bilah

2. Dia memayungkan adiknya dengan se __________ payung yang 
    berwarna-warni.
    A. batang
    B. kaki
    C. utas
    D. ulas

3. Setelah makan tengah hari, dia pun makan se __________ nanas.
    A. potong
    B. tangkai
    C. ruas
    D. ulas

4. Dia membeli dua __________ filem kerana dia akan melawat ke Zoo 
    Negara esok.
    A. naskhah
    B. butir
    C. tandan
    D. gulung

5. Puan Lee baru membeli se __________ anting-anting dari kedai
    emas itu.
    A. kuntum
    B. pasang
    C. berkas
    D. jambak

6. Se __________ kapak digunakannya untuk mengapak pokok itu.
    A. batang
    B. bidang
    C. bilah
    D. potong

7. Di pekan kecil itu terdapat tujuh __________ kedai sahaja.
    A. jemput
    B. papan
    C. tingkat
    D. pintu

8. Polis itu menyandang se __________ senapang.
    A. batang
    B. kerat
    C. puntung
    D. laras

9. Sebatang tebu itu ada sepuluh __________ semuanya.
    A. rangkap
    B. ruas
    C. potong
    D. cebis

10. Ali memakai se __________ songkok yang baru dibelinya.
      A. biji
      B. helai
      C. buah
      D. gulung

Jawapan: 
1. B
2. B
3. A
4. D
5. B
6. C
7. D
8. D
9. B
10. C

Latihan Tatabahasa 9 (Kata Hubung) 

Pilih jawapan yang paling sesuai. 


  sehingga      selagi      setelah      kecuali       sejak
      atau        jika         dan        lalu   manakala   

1. __________ hari hujan, mereka tidak akan turun ke laut.

2. __________ kerjanya selesai, barulah dia akan pulang.

3. Kacang itu ditumbuk __________ lumat.

4. Kereta itu terbabas __________ melanggar tiang lampu.

5. Dia akan tiba esok __________ lusa.

6. Adik membeli buku __________ pen di kedai itu.

7. Ali dudu-duduk sahaja __________ orang lain sibuk bekerja.

8. __________ dia masih hidup, tiada siapa yang berani menjual tanah itu.

9. __________ berpindah ke sekolah baru, dia tidak pernah menulis surat.

10. Semua kawan __________ Azim hadir di majlis itu. 


Jawapan: 
1. Jika
2. Setelah
3. sehingga
4. lalu
5. atau
6. dan
7. manakala
8. Selagi
9. Sejak
10. kecuali

Latihan Tatabahasa 10 (Kata Seruan) 

Pilih jawapan yang paling sesuai. 

1. __________, indahnya pemandangan di sini!
    A. Oh
    B. Aduh
    C. Hei
    D. Wah

2. __________, sakitnya tangan saya!
    A. Aduh
    B. Aduhai
    C. Oh
    D. Wah

3. __________, petahnya pelajar itu berbahasa!
    A. Amboi
    B. Aduh
    C. Cis
    D. Nah

4. __________, cantinya jam tangan ini!
    A. Oh
    B. Wah
    C. Hai
    D. Aduhai

5. __________, siapkan latihan ini sekarang juga!
    A. Oh
    B. Cis
    C. Nah
    D. Wah

6. __________, begini caranya membuat kek talam!
    A. Wah
    B. Oh
    C. Amboi
    D. Ceh


7. __________, engkau telah berjaya!
    A. Nah
    B. Syabas
    C. Amboi
    D. Wah

8. __________, perempuan yang tidak tahu malu!
    A. Oh
    B. Wah
    C. Cis
    D. Hoi

9. __________, siapa pula yang hendak tolong saya kali ini!
    A. Aduh
    B. Nah
    C. Eh
    D. Aduhai

10. __________, rupanya kamu berdua adik-beradik!
    A. Nah
    B. Cis
    C. Eh
    D. Syabas


Jawapan: 
1. D
2. A
3. A
4. B
5. C
6. B
7. B
8. C
9. D
10. C

Latihan Tatabahasa Set A 

Pilih jawapan yang paling tepat. 

1. Hashim __________ pokok bunga itu dengan air basuhan beras.
    A. dicurahi
    B. mencurahi
    C. dicurahkan
    D. mencurahkan

2. Guru yang __________ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah 
    bertukar ke Sarawak.
    A. ajarkan
    B. mengajar
    C. diajarkan
    D. mengajarkan

3. Pelayan kedai makan itu __________ dulang dengan sebelah tangan 
    sahaja.
    A. menatang
    B. menjinjing
    C. membimbit
    D. mengandas

4. Ubi itu akan __________ oleh kakak saya sebentar lagi.
    A. ditanak
    B. dikukus
    C. direbus
    D. dijerang

5. __________ pemandu kenderaan itu telah disaman, __________
    dia tetap berdegil dengan meletakkan kenderaannya di kawasan 
    tunda itu.
    A. Biarpun ... begitu juga
    B. Meskinpun ... kecuali
    C. Walaupun ... namum
    D. Sungguhpun ... maka

6. Dalam kemalagan itu banyak yang cedera __________ terkorban.
    __________ pemandu lori itu pula hanya cedera ringan sahaja.
    A. lalu ... Biarpun
    B. dan ... Manakala
    C. apabila ... Sementara
    D. maka ... Adapun

7. Sebelum hujan, beberapa __________ bintang kelihatan di langit.
    A. biji
    B. buah
    C. kelompok
    D. gerombolan

8. Berikan beberapa __________ cempedak dan se __________
    rambutan ini kepadanya.
    A. biji ... buah
    B. ulas ... ikat
    C. berkas ... butir
    D. tangkai ... biji

9. Abang membaling anjing itu dengan se __________ kayu api.
    A. laras
    B. papan
    C. batang
    D. berkas

10. __________ pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.
      A. Bebatang
      B. Bebuli
      C. Reranting
      D. Kekayu

11. Sarang __________ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya
      bersihkan.
      A. lelapi
      B. lelabah
      C. Kekabu
      D. tetupai

12. Tudung saji digunakan untuk menutup __________ itu.
      A. sampah-sarap
      B. semak-samun
      C. sayur-mayur
      D. lauk-pauk 

13. __________ yang mengatur perlawanan bola sepak antara 
      pasukan itu telah diberkas polis.
      A. Kaki botol
      B. Kaki judi
      C. Kaki bola
      D. Kaki tangan

14. Budak __________ itu dengan mudah dapat menyelesaikan masalah
      Matematik yang sukar ini.
      A. otak kancil
      B. otak udang
      C. otak cair
      D. otak beku

15. "Janganlah __________ pangkat kamu tidaklah setinggi mana"
      kata Pak Cik Leman menyindir Ahmad.
      A. tangkai jering
      B. hancur hati
      C. pedih hati
      D. hidung tinggi

16. Dia benar-benar hampa apabila gagal menyertai pasukan bola 
      sepak sekolahnya.
      Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
      A. tewas
      B. prihatin
      C. kecewa
      D. menangis

17. Murid-murid kelas itu __________ menyiapkan kerja masing-masing.
      A. meminta
      B. diminta
      C. mintalah
      D. permintaan

18. Kehidupannya tidak terurus sejak ibu bapanya meninggal dunia.
      Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
      A. terpelihara ... terkorban
      B. terkawal ... tenat
      C. terjaga ... menemui ajal
      D. terbelai ... mati

19. Kakak mengirimkan se __________ poskad kepada sahabat
      karibnya.
      A. pucuk
      B. laras
      C. helai
      D. keping

20. Amir tidak berselera hendak makan di gerai yang kotor itu. 
      Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
      A. lalu
      B. biasa
      C. ingin
      D. berasa

Jawapan: 
1. B
2. B
3. A
4. B
5. C
6. B
7. C
8. B
9. D
10. C
11. B
12. D
13. C
14. C
15. D
16. C
17. B
18. C
19. D
20. C

Latihan Tatabahasa Set B 

Pilih jawapan yang paling tepat. 

1. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya __________ Australia
    __________ akhir bulan ini.
    A. di ... di
    B. ke ... di
    C. dari ... pada
    D. di ... pada

2. Gambar yang tergantung __________ dinding itu dibelinya __________
    pelukis itu.
    A. pada ... daripada
    B. di ... dari
    C. dengan ... daripada
    D. kepada ... dari

3. Kami memang gemar __________ hobi mengumpul setem.
    A. dengan
    B. akan
    C. dari
    D. daripada

4. Bendera yang __________ itu bendera negara Amerka Syarikat.
    A. berkocak
    B. berbuai
    C. berkumandang
    D. berkibar

5. Ayam yang sedang __________ makanan itu besar-besar belaka.
    A. mematuk
    B. menyudu
    C. memagut
    D. menghisap

6. Dalam __________ seminggu, saya harus menyiapkan tugasan ini.
    A. tempo
    B. tempuh
    C. tempoh
    D. tempah

7. Para pengundi __________ ke pusat pengundian di sekolah itu.
    A. berebut-rebut
    B. berdedai-dedai
    C. berduyun-duyun
    D. berlelai-lelai

8. Isikan __________ ini ke dalam sarung bantal yang baru dijahitkan oleh ibu.
    A. kekacang
    B. kekabu
    C. kekisi
    D. bebola

9. Kapal yang __________ dari pelabuhan itu ke tempat ini kepunyaan 
    Syarikat Azmi.
    A. bolak-balik
    B. turun-naik
    C. lalu-lalang
    D. mundar-mandir

10. Masukkan beberapa __________ bawang ke dalam sambal itu.
      A. hiris
      B. ketul
      C. biji
      D. buah

11. Sultan Pahang akan merasmikan bangunan baru itu. __________
      akan berangkat pada pukul lapan pagi.
      A. Beta
      B. Baginda
      C. Hamba
      D. Beliau

12. Cikgu Tan berkata kepada pemuda itu, " __________ hendak
      berjumpa dengan siapa?"
      A. Kami
      B. Hamba
      C. Kita
      D. Anda

13. Kim Meng berkata kepada pemuda itu, " __________ hendak 
      berjumpa dengan siapa?"
      A. Puan
      B. Encik
      C. Engkau
      D. Beliau

14. Mereka __________ pergi ke Desaru untuk bercuti.
      A. berlima
      B. kelima
      C. kelima-lima
      D. lima-lima

15. __________ adalah kegemaran saya pada masa lapang.
      A. Bacaan
      B. Membaca
      C. Pembaca
      D. Membacakan

16. Tolong pinjamkan saya __________ itu.
      A. berbaris
      B. membaris
      C. pembaris
      D. barisan

17. Pasukan bola sepak Malaysia __________ oleh Soh Chin An.
      A. mengetuai
      B. ketuai
      C. diketuai
      D. pengetua

18. Murid sekolah itu __________ dengan adik saya.
      A. umur
      B. seumur
      C. berumur
      D. umurnya

19. Dia tidak bercakap walau __________ perkataan pun.
      A. seurat
      B. serawan
      C. sebidang
      D. sepatah

20. Hamidah menghadiahkan saya __________ bunga mawar.
      A. serawan
      B. sejambak
      C. sebatang
      D. sekeping

Jawapan: 
1. D
2. A
3. B
4. B
5. A
6. C
7. C
8. B
9. A
10. A
11. B
12. D
13. C
14. A
15. B
16. C
17. C
18. B
19. D
20. B



5 comments:

  1. Latihan yang dapat membantu murid dalam pengukuhan penggunanan tatabahasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya juga berharap agar ia dapat membantu.

      Delete
  2. latihan yang pelbagai.....terima kasih kerana berkongsi di sini....

    ReplyDelete