Bahan Pembelajaran


TATABAHASA

Kata Adjektif

-          Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.

-          Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu:


Bil
Kata Adjektif
Contoh
1
Sifat/Keadaan
 baik      gopoh      lembut      pintar
2
Warna
 biru      merah      kelabu      jingga
3
Ukuran
 nipis      cetek      dalam      berat
4
Bentuk
 buncit    bundar    curam    bengkok
5
Pancaindera
 enak      comel      segak      mersik
6
Waktu
 awal      cepat      lewat      suntuk
7
Cara
 lincah    cermat    jarang    sering
8
Perasaan
 berani      malu      pilu      rindu
9
Jarak
 dekat      jauh      hampir      nyaris


           KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA

Kata Hubung
1.      Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku 
       sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu 
       dengan tepat dalam ayat.

2.  Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan. 
     
     (a) Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)
     
     (b) Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)
     
     (c) Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)
     
     (d) Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)

     (e) Saya terkejut apabila Lily menjerit. (bukan *bila)

     (f) Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan 
           segala-galanya. (bukan *agar)

      (g) Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)

      (h) Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)

      (i) Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)

      (j) Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga 
           bagi para guru. (bukan * baik...ataupun)
 

Simpulan Bahasa  

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.


1
ada angin
2
ada hati
3
ada jalan
4
air muka
5
ajak-ajak ayam
6
akal kancil
/
7
alas perut
西
8
alim kucing
9
ambil berat
10
ambil hati
11
anak angkat
12
anak buah
13
anak emas
14
anak jantan
15
anak kapal
16
anak yatim
17
angkat bakul/angkat diri
18
angkat kaki
19
asam garam
20
atas pagar
21
ayam tambatan
22
banyak lemak
23
banyak mulut
24
barang kemas
25
batu api
26
bendera putih
27
berbadan dua
怀
28
berat hati
29
berat mata
30
berat mulut
31
berat sebelah
32
berat tangan/berat tulang
33
berhutang budi
....
34
berpeluk tubuh
35
bepecah belah
36
bertegang leher
/
37
bertikam lidah
38
berumah tangga
39
besar diri
40
besar hati
41
besar kepala
42
bongkok sabut
)
43
bongkok udang
  )
44
buah fikiran
45
buah mulut
46
buah tangan
47
budi bahasa
/
48
bulat hati/bulat fikiran
49
bunga wang
50
buta huruf
51
cakar ayam
52
campur tangan
53
cangkul angin
54
cari akal/cari jalan
55
cepat tangan
西
56
curi tulang
57
dalam tangan
58
daging darah/darah daging
59
diam ubi
60
diam penggali
61
durian runtuh
62
gaji buta
63
geli hati
 
64
hancur hati
65
harga mati
66
harga pokok
67
hati batu
68
hati tikus
69
hidung tinggi
70
hitam putih
71
ikat perut
72
iri hati
73
jiwa besar
74
kacang hantu
/
75
kaki bangku
76
kaki lima
77
kata putus
78
kecil hati
79
kepala angin
80
kera sumbang
81
keras kepala
82
ketam batu
83
khabar angin
84
kuku besi
85
kutu embun
86
langkah kanan
87
langkah kiri
88
langkah seribu
89
latar belakang
90
lembut hati
91
lidah bercabang/lidah biawak
92
lipas kudung
93
makan angin
94
makan angkat
95
makan gaji
96
mandi darah
97
mandi kerbau
98
mandi peluh
99
mata duitan
100
mata pencarian
101
membabi buta
......
102
membalas budi
103
membalas dendam
104
membanting tulang
105
memerah otak
106
menarik diri
107
menjolok mata
108
minta diri
109
minta nyawa
110
muka banta / muka tebal / muka tembok
111
mulut tempayan
112
naik angin/naik darah
  
113
nyawa-nyawa ikan
114
orang gaji
115
otak cair
116
otak udang
117
panas hati
118
panjang tangan
西
119
pasang telingan
120
pembasuh mulut
121
pencakar langit
122
pening lalat
  
123
penyapu baru
124
pilih kasih
125
putar belit
126
puteri lilin
127
putih hati
128
putih mata
129
rabun ayam
 ,  
130
raja sehari
131
rendah diri
132
rendah hati
133
ringan tulang
134
sagu hati
135
sehelai sepinggang
136
senyum kambing
137
setengah masak
138
tanda mata
139
tanduk kuda
140
tangan terbuka
/

Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa anak yang disayangi oleh bapa
anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin negara-negara di sebelah barat
atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut orang yang banyak bercakap
batu api orang yang suka menghasut
batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh
bawah angin negara-negara di sebelah timur
bekas tangan hasil kerja tangan seseorang
beralih akal berubah fikiran atau pendapat
beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati enggan; malas
berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang orang yang malas bekerja
berat sebelah tidak berlaku adil
berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan
berhati batu degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua tidak jujur
bertikam lidah bertengkar; berdebat
besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat! bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mata anak
cakar ayam tulisan yang buruk
campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangan suka mencuri
dalam tangan sudah pasti akan diperoleh
darah daging anak kandung
durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga diri maruah atau kehormatan seseorang
harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batu degil atau keras hati
hidung tinggi sombong atau tinggi diri
hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perut menahan lapar kerana berjimat
iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hati perasaan dalam hati
jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian
kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayam tidak berkasut atau berselipar
kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola
kaki botol suka minum minuman keras
kecil hati berasa tersinggung atau merajuk
kepala angin perangai yang tidak menentu
kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar angin berita yang belum tentu benarnya
langkah kanan bernasib baik
langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudung cepat membuat kerja
lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan angin bersiar-siar untuk berehat
makan suap menerima rasuah
malu-malu kucing berpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluh bekerja kuat
mati katak mati dengan sia-sia
membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diri tahu menjaga diri
membuka jalan memberi laluan kepada orang lain
membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hati lucu; menggelikan hati
mengabui mata cuba memperdaya; menipu
mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil angin bersiar-siar untuk berehat
mengambil berat memberi sepenuh perhatian
mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat
muka tembok tidak berasa malu
mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia
murah hati suka bederma; tidak kedekut
naik angin terlalu marah
nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati
orang atasan orang yang berpangkat tinggi
otak cair pintar atau bijak
otak kering kurang siuman
otak udang bebal atau bodoh
paku belanda barangan yang tetap harganya
panas hati meradang atau marah
panjang tangan suka mencuri
pasang telinga mendengar dengan teliti
pekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulut pertengkaran
pilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin tidak tahan terkena panas matahari
putih hati ikhlas; jujur
putih mata mengalami kekecewaan
rabun ayam penglihatan yang kurang jelas
rambang mata sukar membuat pilihan
ringan tangan suka membuat kerja: menolong orang
sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jering orang yang kedekut
tawar hati tidak mempunyai minat lagi
tebal muka tidak tahu malu
telinga kuali tahan hati menerima kemarahan
telinga lintah tajam pendengaran
telinga nipis cepat marah atau meradang
terang hati mudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak
tin kosong bercakap besar tanpa ilmu
titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh


KATA NAMA 

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu 
NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.  
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )  
b) Kata Nama Khas  
c) Kata Ganti Nama  
d) Kata Nama Terbitan  
e) Kata bilangan
Nama Betul
 
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
 
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama 
    sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan dan sesuatu yang tidak 
    bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya. 
    Dengan kata lain, perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut 
    sesuatu secara am atau umum.
 
manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau, anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah, motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
 
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
  (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, 
       atau dapat dilihat. 
  (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan 
       atau dikhayalkan.
 
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan 
     kata nama terbitan.
 
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
    i) buai - buaian
    ii) tua - ketua
    iii) raja - kerajaan
    iv) tahu - pengetahuan
   
   Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil 
    melainkan pada awal ayat.
   Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat
   
Kata Nama Khas
 
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan 
    untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan 
    yang tidak bernyawa.
 
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. 
    Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, 
     nama bangunan dan sebagainya.
 
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, 
khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
 
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan 
huruf besar.
 
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), 
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan (buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
 
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
 
Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
 
Kata Nama Terbitan
 
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata (awalan)
          di akhir kata (akhiran)
          di awal dan di akhir kata (apitan)
 
Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :
 
di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
 
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan 
terdiri daripada beberapa kelas iaitu :
 
Kelas Kata
Kata Dasar
Kata Terbitan
kata kerja
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi
oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama
lombong
rumah
guru
perlonbongan
perumahan
perguruan
kata adjektif
cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian

KATA GANTI NAMA

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan 
perkataan NAMA. Perkataan Ganti Nama ini dibahagikan kepada 
lima bahagian iaitu Ganti Nama Diri, Ganti Nama Umum, Ganti Nama Pertanyaan, Ganti Nama Petunjuk dan Ganti Nama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan 
kata nama orang. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a) kata ganti diri (pertama, kedua dan ketiga);
(b) kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
 
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk 
    menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu yang 
    berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
 
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua
 
Ganti Nama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
 
Bentuk
Contoh Kata Nama Diri Pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang
 
Kata Ganti Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. 
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal 
dan bentuk jamak seperti berikut :
 
Bentuk
Contoh Kata Ganti Diri Kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan 
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
 
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tuanku akan bersiram sekejap lagi.
 
Kata Ganti Diri Ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga, kata-kata 
seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
 
Bentuk
Contoh Kata Ganti Diri Ketiga
tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya 
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
 
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendidikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7. "Sekiranya tiada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8. "Sertailah peraduan ini. Anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah 
yang lumayan," kata pengacara itu.
9. Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10. " Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut- pengikutnya.
 
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka
 
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama 
    benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan 
    maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
 
Benda
Orang
Tempat
Masa
Hal
 
Bilangan
apakah
siapakah
manakah
bilakah
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
berapakah
Kata Ganti Nama
Penggunaannya
apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda dan tempat
 
Contoh ayat:
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
 
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti 
    yang berikut:
 
Kata Ganti Tempat
Penggunaannya
sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
Benda, orang, Binatang
ini, itu
Tempat
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan
begini, begitu, demikian
 
Contoh ayat:
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
 
Kata Ganti Umum/Tak Tentu
Kata ganti umum/tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a)  subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i.    Ini komputer.
ii.   Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.
 
Kata Ganti Tak Tentu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang 
     secara tidak tentu.
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah 
    seperti yang berikut:
 
 
 
Kata Ganti Umum/Tak Tentu
Contoh Ayat
apa-apa
1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu


KATA KERJA 

Kata kerja terbahagi kepada:
A. Kata Kerja Transitif (Perbuatan Melampau)
B. Kata Kerja Tak Transitif (Perbuatan tidak Melampau)

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan 
    oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh 
    perbuatan itu dipanggil penyambut. (objek)
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya. (objek)
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan 'me-' sama ada 
    sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya 
    mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
 
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh  
    objek, iaitu kata nama.
    Contohnya: Atan mendengar radio.
    *mendengar ialah kata kerja transitif
    *radio ialah objek (kata nama)
 
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan 
men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan 
memper...kan. 
Contohnya:
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. Perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
   
*Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, 
  menangkap ialah perbuatan melampau dan  
  seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
*Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, 
  menjual ialah perbuatan melampau dan 
  sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
*Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, 
  menulis ialah perbuatan melampau dan 
  surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.
 
(a) Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," 
      kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu lakonan, anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polis mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
 
Subjek (pembuat)
Kata Kerja Transitif
Penyambut (objek)
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu
 
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan 
oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, 
tidak kepada benda atau orang lain. 
Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
 
Contohnya:
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
 
*Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, 
  tidak kepada benda lain.
*Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, 
  tidak kepada benda lain.
*Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, 
  tidak kepada benda lain.
 
Subjek (pembuat) Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
Kami mandi di tasek itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan ke sekolah
 
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat 
     berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada 
    yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan. 
    Contohnya: 
    (a) Ravi belum datang lagi. 
    (b) Murid-murid sedang belajar. 
    (c) Sungai itu mengalir deras.
 
*Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif 
dengan menambah ‘kan’ atau ‘i’ di hujungnya.
Contohnya:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
 
   
KATA SERU
 
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan 
   seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, 
   sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi 
    pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3.  Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya serta ayat contoh 
    adalah seperti yang berikut.
 
Kata Seru Penggunaannya Contoh Ayat
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai untuk menyatakan perasaan sedih 1. Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum 1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih untuk menyatakan perasaan marah dan benci 1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku!
eh untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut 1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ada di sini!
hai untuk menegur seseorang atau menarik perhatian 1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kita tidak bertemu!
  
Contoh lain kata seru dan ayat:
Kata Seru
Maksud
Contoh Ayat
wahai
menyatakan perasaan sayang atau merayu
Wahai adik ku sayang!
amboi
menunjukkan perasaan kagum
Amboi, tingginya bangunan KLCC ini!
hai
 
Hai, ke mana kamu menghilang selama ini!
nah
 
Nah, terimalah habuanmu!
aduh
perasaan sakit
Aduh, sakitnya tanganku ini!
wah
perasaan hairan
Wan, cantiknya merak ini!
ceh
 
Ceh, usah membantah kata-kataku ini!
bedebah
marah
Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku!
cis
marah atau jijik
Cis, awak rupanya yang menjadi batu api!
oh
terkejut hairan, gembira atau mengharap
Oh, itu rupanya rumah kamu!
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku!
eh
hairan
Eh, bila ia terjadi!
syabas
gembira, puas, memuji atau ucap tahniah
Syabas, awak berjaya juga akhirnya!
alahai
menghina
Alahai, itu pun awak tak boleh buat!
alamak
terkejut
Alamak, sudah pukul 8.00 pagi!
ha
hairan
Ha, budak itu yang menang!
Ya-Allah
terkejut
Ya-Allah, apa akan berlaku nanti!
Masya-Allah
hairan atau marah
Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu!

KATA BILANGAN  
 
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak 
    atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
 
Jenis Kata Bilangan Contoh
kata bilangan tentu satu, dua, tiga dan seterusnya
kata bilangan tak tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah dan sebagainya
kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku dan sebagainya
kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan dan sebagainya
kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya
kata bilangan tanya berapa
Jenis Kata Bilangan Contoh
Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.
1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.
1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
 
Kata bilangan pisahan
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.
   
 
KATA PENEGAS

Kata penegas ialah perkataan yang digunakan untuk 
memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian 
yang tertentu dalam ayat.
 
Contoh
- kah - lah - tah jua
juga sahaja hanya memang
lagi pun    
 
Contoh ayat:
1. Itulah rumah saya.
2. Pernahkah awak makan sup daging arnab?
3. Apatah dayaku untuk menolongnya.
4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5. Hanya Kamal yang belum bayar yuran.
6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.
  
 
IMBUHAN

 
1. Imbuhan mempunyai 3 fungsi :
   a] membentuk kata terbitan
   b] mengubah golongan kata
   c] mencipta perkataan baru
2. Dalam Bahasa Melayu, imbuhan boleh dibahagikan kepada 4 jenis
 
 
IMBUHAN

awalan [ di awal perkataan ]
akhiran [ di akhir perkataan ]
apitan [ di awal dan di akhir perkataan ]
sisipan [ tersisip di tengah perkataan ]
 
Awalan Ber-
Awalan Catatan Contoh Perkataan
ber- wujud apabila bertemu kata akar kecuali kata akar di bawah. Berjalan, bercukur, berkaki
bel- wujud apabila awalan ber- bertemu dengan kata akar ajar belajar
be- wujud apabila kata kar bermula dengan huruf 'r' bekerja, berumah, berada, beraja
 
Awalan ber- mempunyai beberapa erti iaitu:
 
Erti Perkataan
mempunyai berbadan, berduit
memakai atau menggunakan berseluar, berbedak
mengerjakan atau mengusahakan berkebun, bersawah
menghasilakn/mengeluarkan berbuah, berasap
menyatakan kumpulan bertiga, berkelompok
kena berhujan, berembun
melakukan perbuatan pada diri sendiri bersandar, bersembunyi
melakukan sesuatu antara dua pihak bertumbuk, berlaga
tabiat pekerjaan atau kebiasaan bertanak nasi, berkirim surat
mengucapkan berdoa, berikrar
menunjukkan sesuatu sikap berkeras, berlembut
dalam keadaan bersedih, bergembira
menunjukkan ada sesuatu berduri, berbahaya
berlaku sebagai berbomoh
 
Awalan ke-
Imbuhan awalan ke- berfungsi bagi membentuk kata bilangan 
tingkat, kata nam dan kata bilangan himpuan.
Lima kelima [ kata bilangan tingkat ]
tiga ketiga [ keta bilangan himpunan ]
tua ketua [ kata nama ]
kasih kekasih [ kata nama ]
hendak kehendak [ kata nama ]
 
Beberapa erti awalan ke-
Perkataan Erti
kedua-dua
kelima-lima
himpunan
kelapan
kesepuluh
urutan satu persatu
diketuai
dikehendaki
yang di- …..-kan   atau
di- ….. - I
 
Awalan se-
Erti Perkataan
seluruh se-Malaysia
sedunia
senegara
sama sejenis
sepadan
sebaya
satu seribu
seratu
sekampit
sama-sama di ….. sekampung
serumah
sekelas
sama dengan sepanjang
sebaik
seberat
 
Awalan ter-
Awalan ter- terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :
            
Awalan Contoh Perkataan Keterangan
te- teramai, terendam, teroboh, terasuk Apabila bertemu dengan kata dan huruf pangkalnya huruf 'r'
ter- tersayang, tersenyum, terbawa, tercetus Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf lain selain daripada huruf 'r'
Erti Perkataan Keterangan
paling tertinggi
terbaik
paling tinggi
paling baik
dapat di ….. atau keupayaan terkayuh
terdaki
dapat dikayuh
dapat didaki
tidak sengaja di- atau men- tergelek
terguris
tidak sengaja digelek atau menggelek
tidak sengaja diguris atau menguris
 
Awalan men-
Awalan me- boleh menjadi me-, men-, meng- dan menge- 
yang wujud berdasarkan huruf pertama yang diimbuhkan 
dengannya seperti rajah di bawah:
 
Awalan Perkataan Keterangan
me- meyakinkan
menganga
menyanyi
menanti
melawat
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf l,m,n,ng, ny, y, r, dan w
  men + keluh = mengeluh
men + surat  = menyurat
men + pilih   = memilih
Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf k, s, p, dan t
huruf k menjadi ng
huruf s akan menjadi ny
huruf p bertukar menjadi m
huruf t berubah menjadi n
mem- membawa
membaling
apabia bertemu dengan kata yang bermula dengan  huruf b dan f
men- mancuba
mendarat
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf c, d, dan j
meng- mengasah
mengikat
mengubat
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf seperti a, I, e, o, u, g, dan h
menge- mengecap
mengecap
mengebom
mengesah
Apabila bertemu dengan kata yang terdiri daripada satu suku kata.
 
Awalan pen-
 
Awalan Perkataan Keterengan
pe- pewangi
penyanyi
pelajar
pemakai
penasihat
pemusnah
Apabila beremu kata yang bermula dengan huruf m, n, l, ny, w, dan p
pem- pemfitnah
pembohong
pembawa
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf b dan f
pen- penjahit
pendengar
pencabar
pensyarah
Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z
peng- pengkhayal
pengedar
pengubah
pengikut
Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf a, I, e, o, u, g, h, dan kh
penge- pengecat
pengebom
pengetin
pengesah
Apabila bertemu dengan kata yang cuma terdiri daripada satu suku kata.
Erti Perkataan Keterengan
alat/perkakas pembakar
pengasah
penukul
penapis
-alat untuk membakar
orang yang membuat penulis
pencipta
pentadbir
prang yang menulis
susuatu yang menyebabkan jadi ….. pengasih
pemanis
pendingin
sesuatu yang menyebabkan jadi dingin
Orang yang selalu atau suka ….. penidur
pemalas
perokok
orang yang suka tidur
Orang yang mempunyai sifat … . pemalu
pemurah
pembengis
orang yang mempunyai sifat malu
milik sifat seseorang pemuda
pembesar
oarang yang muda
orang yang besar tarafnya
Ukuran bagi waktu atau tempat pemeluk
penanak
pelaung
seluas yang dapar dipeluk
Hasil atau kesan daripada sesuatu penyakit
pendapat
kesan daripada sakit
 
Awalan per-
 
Awalan Perkataan Keterangan
pe- pelakon
pekerja
pekedai
Apabila bertemu kata yang ada kaitan dengan kata-kata berawalan ber-
pel- pelajar Apabila bertemu dengan kata 'ajar'
per- perburu
pertapa
pertendang
Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf t dan b
Erti Perkataan Keterangan
Orang yang melakukan sesuatu pelakon
pelajar
orang berlakon
Orang yang di ……. Pesalah
pesuruh
orang bersalah
 
Awalan memper-
 
Erti Perkataan Keterangan
menjadikan lebih memperdalam
memperkaya
memperluas
menjadikan lebih dalam
Membahagi memperempat
memperlapan
membahagikan kepada empat
Memperlakukan sebagai …… atau menggunakan sebagai ….. memperalat
memperisteri
memperhamba
menggunkan sebagai alat
melakukan memeperlakukan sebagai isteri
 
 
Imbuhan Akhiran -wan, -wati, -ita
 
Erti
Perkataan
Keterangan
bergiat dalam sesuatu bidang
olahragawati
wartawan
sejarahwan
seseorang perempuan yang bergiat dalam bidang olahraga
seseorang yang bergiat dalam bidang penulisan
seseorang yang bergiat dalam bidang sejarah
orang yang ber…..
hartawan
dermawan
orang yang berharta
orang yang berderma
orang yang ahli dalam sesuatu hal
budayawan
negarawan
orang yang ahli dalam hal-hal budaya
orang yang ahli dalam hal-hal negara
 
 
Imbuhan Apitan me- …..- i

 
Erti
Perkataan
Keterangan
mengalami sifat terhadap
meragui
mencintai
mengalami sifat ragu terhadap
mengalami sifat cintai
melakukan berkali-kali
memukuli
menerajangi
memukul berkali-kali
menerajang berkali-kali
memiliki dan memberikan sifat
mengecapi
mengotori
memiliki dan memberikan sifat kecap kepada
memiliki dan memberikan sifat kotor kepada
melakukan perbuatan di ……
melalui
membatasi
melakukan perbuatan lalu di …
melakukan perbuatan batas di ……
memperlakukan dengan sifat
membersihi
mengasari
memperlakukan dengan sifat bersih
memperlakukan dengan sifat kasar
menjadi
mengepali
membanjiri
menjadi kepala
menjadi banjir
memberikan kepada
menasihati
menghadiahi
memberikan nasihat kepada
memberikan hadiah kepada
 
Imbuhan Apitan Men- …..-kan
 
Erti
Perkataan
Keterangan
membawa
melarikan
menerjunkan
membawa lari
membawa terjun
menyebabkan
mengakibatkan
memusnahkan
menyebabkan akibat
menyebabkan musnah
menyebabkan berlaku
menjalankan
menggunakan
menyebabkan berjalan
menyebabkan berguna
menyebabkan jadi
menakutkan
merapatkan
menyebabkan jadi takut
menyebabkan jadi rapat
menganggap
membetulkan
memudahkan
menganggap betul
menganggap mudah
menjadikan sebagai
menghampakan
mencalonkan
menjadikan sebagai hamba
menjadikan sebagai calon
memasukkan ke dalam
membotolkan
memenjarakan
memasukkan ke dalam botol
memasukkan ke dalam penjara
menggunakan sesuatu sebagai alat 
dalam melakukan perbuatan
memukulkan [kayu]
memancungkan
menggunakan kayu untuk pukul
menggunakan pedang untuk memancung
melakukan perbuatan untuk seseorang
mengambilkan
menjelaskan
mengambil untuk seseorang
menjelas untuk seseorang
membawa ke……
meningkatkan
menaikkan
membawa ke tingkat
membawa naik
 
Imbuhan Apitan ke-…..an
 
 
 
Erti
Perkataan
Keterangan
perihal
kepergian
kehadiran
perihal pergi
perihal hadir
sifat atau keadaan
kemuraman
kejahatan
sifat atau keadaan muram
sifat atau keadaan jalur
daerah atau tempat bertugas
kerajaan
kedutaan
daerah raja
tempat duta bertugas
hal tentang sesuatu
keagamaan
keilmuan
hal tentang agama
hal tentang ilmu
tampat duduk yang di …….  !
kedudukan
kediaman
tempat yang diduduki
tempat yang dialami
sesuatu / yang di ….. !
ketaatan
kemahuan
seseorang yang ditaatkan
sesuatu yang dimahukan
seperti / agak
kebiruan
kekuningan
sesuatu yang berwarna biru
sesuatu yang berwarna seakan-akan kuning
ditimpa
kehausan
kecurian
ditimpah rasa haus
ditimpa kecurian
 
Imbuhan Apitan Memper-…..- i
 
Erti
Perkataan
 
Keterangan
berbuat akan/kepada/mempunyai
mempersetujui
mempelajari
bersetuju akan
belajar mengenai
menjadi…….kepada
mempertuan
memperdalangi
menjadi tuan kepada
menjadi dalang
menjadikan seseorang beroleh sesuatu
mempersenjatai
menjadikan seseorang beroleh senjata
menjadikan sesuatu/memperoleh semula
memperteguhi
mempereloki
menjadikan teguh semula
menjadikan elok semula
 
 
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh: 
a) Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
    Subjek = Lelaki gemuk itu
    Predikat = sedang menembak burung.
 
Ayat Majmuk
 
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi 
    dua atau lebih ayat-ayat tunggal disambungkan 
    oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, 
    tetapi, sambil dan lain-lain.
Contoh: 
a) Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat Tunggal)
b) Razak membaca buku itu. (Ayat Tunggal)
c) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu 
    membaca buku itu. (Ayat Majmuk)
 
PEMAJMUKAN
 
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat 
    digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang 
    padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal 
    sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk 
    mempunyai maknanya sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen 
    kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. 
    Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan 
    apabila diperlukan.
5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata 
    yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. 
    Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu 
    dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. 
    Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik,  
    hancur lebur bererti hancur sama sekali,
    sunyi sepi bererti sangat sunyi.
 
Bentuknya 
1. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang 
    dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
2. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk 
    daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang 
    kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, 
    kekuda dan sebagainya.
3. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah 
    apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala
    dan walaupun.
4. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah 
    air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, 
    ganti rugi dan hak cipta.
5. Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada 
    beberapa kelas seperti yang berikut:
    (a) kata nama majmuk;
    (b) kata bilangan majmuk;
    (c) kata adjektif majmuk;
    (d) kata kerja majmuk;
    (e) kata sendi majmuk;
    (f) kata keterangan majmuk;
    (g) Kata hubung majmuk.
6. Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam 
    Bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.
    Contoh kata nama majmuk: air mata, buah mulut, 
    cita rasa, daun telinga, ganti rugi dan hak cipta.
7. Contoh kata bilangan majmuk ialah tiga puluh, 
    dua pertiga dan dua ratus lima puluh.
8. Contoh kata adjektif majmuk ialah aman damai, 
    buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, 
    merah jambu, iri hati dan kelam kabut.
9. Kata kerja majmuk ada yang bebas, 
    yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
    Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, 
    datang bulan dan gulung tikar.
10. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. 
     Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, 
     mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, 
     membalas budi, membanting tulang, mencari gali, 
     bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, 
     menembak mati dan bertungkus lumus.
11. Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, 
     iaitu darihal, daripada, kepada dan sedari.
12. Contoh kata keterangan majmuk ialah acap kali, 
     boleh jadi, demikian, kadang kala, lambat laun, 
     pertama kali, sambil lalu dan sekali sekala.
13. Contoh kata hubung majmuk ialah apabila, 
     manakala dan meskipun.
 
Tugasnya
1. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
   (a) menetapkan kelas kata dasar. 
 
Contohnya:
air (kata nama) + mata (kata nama)
air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)
 
   (b) mengubah kelas kata dasar. 
 
Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)
 
Maknanya
1. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi 
    kepada dua jenis seperti yang berikut:
    (a) kata majmuk wajar
    (b) kata majmuk kiasan
2. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, 
    yang maknanya dapat diketahui daripada makna 
    kata-kata yang menjadi komponennya.
    Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana 
    maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
3. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang 
    maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata 
    yang menjadi komponennya.
    Misalnya, buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana 
    maknanya tidak kena-mengena dengan buah 
    ataupun hati.
    *Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, 
      bukan buah yang bernama hati.
4. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
 
adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air
 
5. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
 
akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk
 
 
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF 

1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya 
    tetapi mempunyai maksud sama. 
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang 
    dikenakan perbuatan ke atasnya.
4. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-
    Contohnya:
    a) Emak memasak nasi dan sebagainya.
    b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
    c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
5. Ayat pasif ialah ayat yang:
    a) tidak berawalan men- dan didahului  
         kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
       Contoh:
        i. Bola itu saya tendang. 
       ii. Borang itu perlu anda isi.
   b) berawalan di- dan diikuti kata sendi 
         oleh serta kata ganti diri ketiga. 
       Contoh:
        i. Baju itu dibasuh oleh kakak.
 6. 3 jenis Ayat Pasif terdiri daripada: 
     a) ayat pasif diri pertama,  
         iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan 
         didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, 
         saya dan sebagainya. 
      b) ayat pasif diri kedua, 
           iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- 
         dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, 
         anda, kamu, engkau dan sebagainya.
     c) ayat pasif diri ketiga, 
           iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-
         dan diikuti kata sendi oleh serta 
         kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, 
         baginda dan sebagainya. 
 7. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa  
      maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
     Contohnya:
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.
Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
5. Yusof membawa kerusi patah.
1. Buku itu dibaca oleh Ali.
2. Nasi lemak dimasak oleh ibu.
3. Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
4. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
5. Kerusi patah dibawa oleh Yusof.
 

KATA BANYAK MAKNA


Kata Makna Contoh Ayat
akal fikiran
ikhtiar
1. Budak itu mempunyai akal yang tajam.
2. Pak Ali sedang mencari akal untuk menyelesaikan masalah itu.
alamat tanda
butir-butir keterangan
1. Bunyi guruh di langit alamat hujan akan turun.
2. Zulkifli memberikan alamat rumahnya kepada saya.
daki panjat
kotoran yang melekat
1. Pasukan Pengakap akan menyertai mendaki Gunung Tahan pada minggu depan.
2. Ahmad mencuci daki pada badannya dengan sabun.

TANDA BACA 
  
1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan 
    untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya 
    melakukan sesuatu dalam bacaan.
2. Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam 
    ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
3. Tanda baca utama ialah:
    a) Tanda Noktah atau titik ( . )
    b) Tanda koma ( , )
    c) Tanda tanya atau soal ( ? )
    d) Tanda seruan ( ! )
    e) Tanda sempang atau sengkang ( - )
    f) Tanda noktah bertindih ( : )
    g) Tanda pengikat kata atau petik ( "        " )
4. Huruf Besar  
 
Penggunaan Contoh Ayat
a) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat.
a)Rumah itu di atas bukit.
b)Persembahan itu belum tamat.
b) digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.
a)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
b)Abang bertanya, “Betulkah awak tidak mahu pergi ?”
c) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah
a)Yang Maha Pengasih,
b)Ampunilah hamba-mu.
c)Semoga Engkau menerima doa kami.
d) digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang
a)Haji Abdul Ghabur
b)Nabi Muhamad S.A.W
e) digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang
a)Profesor Ahmad Hashim
b)Sarjan Major Kamarudin , Tengku Iskandar
f) digunakan diawal nama khas a) Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank Negara
g) digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa
a)bangsa Melayu
b)orang Minangkabau
h) digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung
a)Lembaga Urusan Tabung Haji
b)Dewan Bahasa dan Pustaka
c)Semenajung Tanah Melayu
 
5. Tanda Noktah atau titik ( . )
 
Tanda titik digunakan...
Contohnya
(a), pada akhir ayat yang bukan
pertanyaan atau seruan
(a) Kereta ini baru dibeli.
(b) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
(b) pada akhir singkatan nama orang
Y.A.B. (Yang Amat Berhormat),
En. (Encik)
(c) sebelum tanda penutup kata (")
dalam cakap ajuk
Kata kakak, "Bunga itu sudah layu:"
(d) untuk menunjukkan angka perpuluhan 5.4, 30.2, 1 19.8

6. Tanda koma ( , )
Tanda koma digunakan... Contohnya
(a)bagi mengasingkan kata yang
berturut-turut dalam satu ayat
(a) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging.
(b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar.
(b)di belakang kata seru
(a) Amboi, merahnya baju kamu !
(b) Eh, Azmi rupanya !
(c)untuk menandakan tempat berhenti
sebentar.
Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.
(d) di belakang kata penghubung pada
awal ayat
... Oleh sebab itu, awak diminta hadir.
... Jadi, awak tidak mengaku bersalah?
(e)untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza
Rumah itu besar, tetapi tidak cantik
Katakan saya ke bandar, jika dia datang.
(f)sebelum tanda pembuka kata (") dan
penutup kata (") dalam cakap ajuk
Ravi berkata, "Ini suratnya, encik."
"Terima kasih," jawab Encik Abu.
7. Tanda tanya atau soal ( ? )
Tanda tanya digunakan... Contohnya
(a) pada akhir ayat tanya Bilakah adik kamu akan bersekolah?
(b) pada akhir ayat tanya sebelum
tanda penutup kata (")
"Apa yang kamu lihat?" tanya Jimmy.
8. Tanda seruan ( ! )
Tanda seru digunakan... Contohnya
sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat
(a) Wah, perbuatan awak sudah melampau!
(b) Siapkan kerja itu segera!
9. Tanda titik bertindih ( : )
Tanda titik bertindih digunakan... Contohnya
(a) pada akhir sesuatu penyataan
apabila diikuti oleh rangkaian
Barang-barang yang perlu dibawa adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul.
(b) untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu
Tarikh: 3 April 2000
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan
10. Tanda koma bertitik ( ; )
Tanda koma bertitik digunakan... Contohnya
(a) untuk memisahkan bahagian-
bahagian ayat yang sejenis dan
setara
Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik.
(b) pada baris pertama pantun dua
erat
Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas.
(c) pada baris kedua pantun empat
kerat
Kalau ada jarum patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
11. Tanda sempang atau sengkang ( - )
Tanda sempang digunakan... Contohnya
(a) untuk menyambungkan kata yang
       diulang dan kata ganda
murid-murid, riuh-rendah
(b) untuk merangkaikan:
       i. se dengan kata yang berikutnya yang  
          dimulai dengan huruf besar
seMalaysia, seTanah Melayu
      ii. ke- dengan angka
     iii. angka dengan -an
kali yang ke-10,
tahun 1960-an
(c) memisahkan huruf kecil daripada
      huruf besar
rahmat-Mu, hamba-Nya,
sinar-X
12. Tanda pengikat kata atau petik ( "        " )
Tanda petik digunakan... Contohnya
(a) untuk mengapit petikan langsung "Saya belum makan ibu," kata adik.
(b) pada jadual rencana, karangan,
novel, puisi, dan sebagainya
Novel "Esok Masih Ada" memenangi
hadiah pertama.


PERUMPAMAAN  

1. Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, 
    ringkas dan kemas serta mempunyai maksud 
    yang tersirat. 
2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, 
    ibarat, laksana, seperti dan umpama. 
3. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah 
    seperti yang berikut:
Perumpamaan
Maksud
Bagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang air membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekor seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/Seperti cincin dengan permata pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labu merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/Seperti telur di hujung tanduk kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperd anak ayam kehilangan ibu berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasan tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/Seperti talam dua muka seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan kukunya menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/Seperti mencurahkan air ke daun keladi memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
Seperti langit dengan bumi perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukul orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampung berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palu jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

 
PENJODOH BILANGAN

1. Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata
    atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. 
2. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan 
    seperti batang, buah, ekor, orang dan sebagainya. 
3. Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan 
    contohnya adalah seperti yang berikut:
Penjodoh Bilangan
Penggunaannya
Contohnya
angkatan untuk sekumpulan manusia atau benda kapal, tentera, pelukis, penulis
baris untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang untuk menunjukkan benda-benda yang panjang sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk untuk benda-benda kecil yang berkeluk mata kail, subang, cincin
berkas untuk benda-benda yang diikat bersama-sama kunci, lidi, kayu
bidang untuk benda-benda yang terbentang luas tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilah untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
buku untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah sabun, roti, benang
butir untuk benda-benda yang bulat atau kecil telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis untuk benda-benda yang dikoyakkan kertas, kain
cubit untuk benda yang diambil sedikit dengan jari garam, gula, kunyit
cucuk untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi sate
das untuk bunyi letupan atau tembakan meriam, pistol, senapang
deret untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
genggam untuk benda-benda yang digenggam pasir, beras, padi
gugus untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulung untuk benda-benda yang bergulung filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai untuk benda-benda yang nipis dan lebar daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
ikat untuk benda-benda yang diikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil bawang, timun, daging, buahbuahan
jambak untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai bunga, kunci
kaki untuk benda-benda yang bertangkai payung, cendawan, bungs
kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda burung, awan, pulau, bintang
kepal untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan nasi, pulut, tanah
keping untuk benda-benda yang nipis atau pipih roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat untuk bahagian benda-benda yang dipotong roti, tiang
Ketul untuk benda-benda yang berketul dan padu ais, daging, tulang, sabun, roti
Kotak untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
kuntum untuk bungs mawar, melati, anggerik
Laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam
lembar benda-benda yang lurus dan panjang kertas, dawai, benang
longgok untuk benda-benda yang berada dalam longgokan durian, pakaian, tanah, cili
naskhah untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
Orang untuk manusia guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
Papan untuk benda-benda yang berbentuk kepingan coklat, petai, mercun
pasang untuk benda dan manusia yang berpasangan pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
pangsa untuk bahagian dalam buah durian
pasukan untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam pemain kompang, polis, tentera pengakap
patah untuk kata perkataan, kata-kata
potong untuk benda-benda yang sudah dipotong kuih, daging, roti
pucuk untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
puntung untuk sebahagian benda yang masih menyala rokok, bara, kayu api
rangkap untuk puisi pantun, sajak, syair
rawan untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat jala, jaring, pukat
ruas untuk benda yang beruas-ruas tebu, buluh
rumpun untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat buluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisir untuk buah pisang pisang
tandan untuk buah-buahan yang bertandan pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai rambutan, duku, kenanga, padi, daun
titik untuk cecair yang menitis air, darah, dakwat, embun
tongkol untuk buah yang bertongkol jagung
ulas untuk isi buah-buahan yang berpangsa durian, limau, nangka, cempedak
urat untuk benda-benda yang halus dan panjang rambut, benang, dawai,
utas untuk benda-benda yang panjang tali, dawai, rantai

ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA

1. Kata Jamak
Salah Betul
mereka-mereka
semua kereta-kereta
para-para pelajar
empat orang abang-abang
mereka
semua kereta
para pelajar
empat orang abang
 
2. Kata Penguat
 
Salah Betul
sangat tinggi sekali
sungguh jauh sekali
paling indah sekali
amat menakutkan sekali
sangat tinggi
sungguh jauh
paling indah
amat menakutkan
 
3. Kata Adjektif dan Imbuhan “ter” Tanpa Penguat
 
Salah Betul
Sani mendapat markah yang tertinggi sekali.
Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
Sani mendapat markah yang tertinggi .
Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu.
 
4. Kata Hubung
 
Salah Betul
Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
Badannya besar kecuali kakinya kecil.
Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
Badannya besar tetapi kakinya kecil.
 
5. Kata Bilangan
 
Salah Betul
Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu- ribu  peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
 
6. Kata Sendi
 
    i. - Dari
Salah Betul
Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
  ii. - Daripada
Salah Betul
Tilam itu dibuat dari getah asli.
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
 iii. - Pada
Salah Betul
Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.
 iv. - Di
Salah Betul
Saya dilahirkan diSarawak.
Ayah awak bekerja dimana ?
Saya dilahirkan di Sarawak.
Ayah awak bekerja di mana ?

7. Penjodoh Bilangan
 
Salah Betul
Setiap orang pelajar.
Sesetengah orang rakyat.
Seluruh buah negeri.
Semua ekor binatang.
Setiap pelajar.
Sesetengah rakyat.
Seluruh negeri.
Semua binatang.
 
8. Kata Ganti Diri
 
Salah Betul
Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
 
9. Kata Adjektif
 
Salah Betul
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya  benar lazat.
Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya.
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat benar..
Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.
 
10. Kata Kerja Transitif
 
Salah Betul
Ibu sedang jahit baju kurung.
Ayah selalu cuci keretanya.
Ibu sedang menjahit baju kurung.
Ayah selalu mecuci keretanya.
 
11. Ayat Pasif
 
Salah Betul
Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
Cerpen itu telah saya karang..
Latihan itu mesti kaubuat.
 
12. Kata Tanya
 
Salah Betul
Kamu berasal dari manakah ?
Apa nama pengawas itu ?
Bila ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
Kamu berasal dari mana ?
Siapakah nama pengawas itu ?
Bilakah ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama apa ?
 
13. Ejaan
 
Salah Betul
Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital.
Kucing itu tidur dibawah meja.
Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.
Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital.
Kucing itu tidur di bawah meja.
Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.
 
 

14 comments:

  1. Wah, maklumat yang begitu lengkap. Sangat berguna kepada anak saya. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Maklumat yang lengkap. Terima Kasih

    ReplyDelete
  3. Nota-nota cikgu sangat jelas dan berguna kepada murid-murid.

    ReplyDelete
  4. Nota yang lengkap dan memanfaatkan pelajar. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih berkongsi ilmu. Blog yang bagus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pujian cikgu. Marilah kita berusaha bersama-sama.

      Delete
  6. Nota yang jelas dan padat, ia mesti dapat menarik minat murid-murid,syabas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya juga berharap agar ia dapat membantu anak murid saya dalam pembelajaran Bahasa Malaysia.

      Delete